
MINATNYA dalam bidang seni, khususnya seni suara berputik sejak di bangku sekolah rendah. Sudirman Haji Arshad menyanyi di mana saja, Di sekolah dia memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.
Minat menyanyi Sudirman tidak terhenti ketika dia menuntut di Universiti Malaya. Dalam kesibukan kuliah, dia menyertai Bintang RTM pada 1976. Pada peringkat awal lagi, ramai yang meramlakan kejayaannya, Dia menjadi peserta favourite dalam pertandingan itu.
Pada peringkat separuh akhir dia membawakan lagu Jali Jali dan Kudaku Lari. Suaranya memang unik. Sikapnya yang bersahaja dan berterus terang turut disenangi penonton. Jawapan lurus bendul dan spontan ketika ditanya pengacara dalam pertandingan itu mengenai seluar besarnya membuatkan penonton ketawa. Jawapan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya cukup melucukaan penonton.
Pada peringkat akhir Bintang RTM 1976 di Melaka pada 11 Ogos 1976, Sudirman mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender yang menobatnya sebagai johan kategori solo. Naib johan ialah khadijah Idrus dan John Gaisah (ketiga). Bahagian berkumpulan pula dimenangi Kumpulan Bar, Kumpulan Nada Rindu (kedua0 dan the Vision (ketiga).
Sejak menjuarai Bintang RTM, nama Sudirman terus terpahat di hati peminat seni suara tanah air. Sudirman sendiri tidak lagi menoleh kebelakang dalam mengejar impian besarnya dalam bidang ini. Dia sanggup meninggalkan bidang perundangan untuk mengukir nama dalam industri seni suara. Meninggalkan kerjaya yang menjamin pendapatan tetap dan mungkin lumaayan adalah risiko yang perlu diambil Sudirman pada masa itu. Pengorbannya tidak sia-sia kerana dia bukn saja berjaya, malah membawa inspirasi baru dalam industri hiburan tanah air.
Kejayaan demi kejayaan yang diraih Sudirman bukan mudah. dia bekerja keras untuk mendapatnya. Komitmen, dedikasi dan disiplin tinggi yang ditunjukkan adalah resipi kejayaan besar Sudirman.
Justeru, tidak hairan dia menerima pelbagai pengiktirafan sepanjang kerjayanya dan selepas menghembuskan nafar terakhir pada 1992.
Selain, menjadi Johan bintang RTM 1976 kejayaan lin termasuk:
- Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan "Lukisan Irama" terbitan Doreen Chia.
- Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
- Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
- Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
- Persembahan Terbaik Juara Lagu 1987, Merisik Khabar
- Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
- Asia's Number One Performer 1989
- Anugerah Guinness
- Pingat Ahli Mangku Negara 1988
- Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang 1992
- Darjah Johan Mangku Negara, sempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, 6 Jun 1992
- Penghibur No. 1 Malaysia, dari New Straits Times pada tahun 1993
- Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993
Namun, pencapaian yang sukar dilupakan Sudirman dan rakyat Malaysia ketika dia dinobarkan Penghibur No 1 Asia pada Salem Music Awards Festival di Albert Hall, london pada 19 Mac 1989. Sudirman adalah artis Asia pertama memenangi anugerah itu. Dalam pertandingan itu dia menewaskan nama besar Asia kain seeperti Leslie Chung (Hong Kong), Kuh Ledesma(Filipina) dan Anita Sarawak(Singapura). Pertandingan itu turut disertai artis China, Taiwan, Jepun, Korea Selatan, Indonesia dan Thailand.Dalam pertandingan itu, Sudirman menyanyikan 2 buah Inggeris One Thousand Million Smiles dan Send In The Clown dedengan menggayakan aksi lucu ala Charlie Chaplin yang cukup mempesonakan.
Lagu One Thousand Smiles dirakamkan dalam bentuk single dan dipasarkan di Eropah. Proses rakaman lagu itu dibuat di Abbey Road Studio, tempat rakaman album bagi penyanyi megastars seperti The Beatles.
MENYUSUL SUDIRMAN - PERKAHWINANNYA