Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Posted by mesin taip buruk on May 28, '07 12:46 AM for everyone


SUDIRMAN HAJI ARSHAD tidak menghasilkan album sekadar suka-suka atau syok sendiri. Albumnya mesti ada mesej dan dihasilkan bagi segenap lapisan masyarakat. Dia bekerja keras dalam merancang penerbitan albumnya. hasilnya albumnya pasti ada kelainan.
  Gelaran Johan Bintang RTM 1976 turut mrmbuka lembaran baru dalam hidup Sudorman sebagai anak seni. Tidak lama menjadi johan, dia dilamar syarikat rakaman Warnada Records - syarikat rakaman tempatan yang established pada masa itu. Nama popular di bawah label itu termasuk Salamiah Hassan, Zulkiflee Ahmad, Dahlan Zainuddin dan Datuk M daud Kilau (belum dapat datuk lagi).
  Din Osman komposer, penulis lirik dan penerbit popular pada masa itu bertanggungjawab menerbitkan album sulung Sudirman - Teriring Doa. Dalam kesibukan kuliah di Universiti Malaya, Sudirman mampu membahagikan masa menyiapkan EP sulungnya yang  mengandungi empat  lagu - Teriring Doa, Ku Bersilat, Suratku Yang Ini dan Seruling Bambu.
  Komposer Ooi Eow Jin dan penulis lirik Habsah Hassan bergandingan menghasilkan Teriring Doa. Suratku Yang Ini ciptaan Din Osman dan Habsah Hassan. Datuk Johari Salleh pula mengilhamkan Ku Bersilat dan Seruling Bambu, sebuah lagu Indonesia.




  Bakat besar dan populariti Sudirman menyebabkan satu-satunya syarikat rakaman antarabangsa di Malaysia pada masa itu - EMI Malaysia - melamar Sudirman menjadi artisnya pada 1978. Artis yang bernaung di bawah label EMI Malaysia pada masa itu termasuk Sharifah Aini, DJ Dave, Uji Rashud, Hail Amir, Rozita Rohaizad, Latiff Ibrahim dan Rose Iskandar.
  Datuk Ahmad Nawab yang menggilap dan menaikkan ramai artis tanah air pada masa itu diberi tanggungjawab menerbitkan LP sulung Sudirman pada 1978 - Aku Penghiburmu. Album ini mengandungi 12 lagu yang dicipta Ahmad nawab, akbar Nawab, s Atan dan Syed Haron. Susunan muziknya pula oleh Ahmad Nawab, S Atan, Martin Periera dan Akbar Nawab.
  Album ini mengandungi 3 lagu kontroversi iaitu Kasih, Aku Penghiburmu dan Gugur Di Tangkai Madu - semunya dihasilkan Ahmad Nawab bersama Chauri Selamat. Aku Penghiburmu adalah album terakhir Datuk Ahmad Nawab sebagai penerbit di EMI Malaysia sebelum berhijrah ke WEA Records yang memulakan operasinya di Malaysia pada 1978.
   Tiga lagu itu turut dimuatkan dalam album sulung terbitan dan edaran WEA Records Malaysia - Mimpi Di  Siang Hari oleh Broery Marantika yang diterbitkan pada tahun sama. Kontroversi berlaku apabila EMI Malaysia mempertikaikan kewajaran Ahmad Nawab memberikan tiga lagu itu untuk dirakamkan dalam album Mimpi Di Siang Hari.
  Bagimanapun, .dengan bakat dan suara bertenaga Sudirman, peminat lebih mengenali Kasih, Aku Penghiburmu dan Gugur Di Tangkai Madu nyanyiannya berbanding dendangan Broery, Rasionalnya, Ahmad Nawab membuat lagu itu memang untuk Sudirman berdasarkan karektor nada dan kemampuan suaranya. Pada 1979, Sudirman dipilih sebagai Penghibur TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.

 

AKU PENGHIBURMU (1078)
 

;1.  Aku Penghiburmu
 2.  Bila Hati Terpikat
 3. Cinta dan Cita
 4. Gadis Semalam
 5. Gugur Di Tangkai Madu
 6. hanya Lagu
 7. Jali-Jali
 8. Jika Kau Pergi
 9. Kasih
10.Kerana mata
11.Mama (Untuk Saloma)
12.Maya



 



MENYUSUL LAGI ALBUM SUDIRMAN

16 CommentsChronological   Reverse   Threaded
babyyanni wrote on May 28, '07
Sedih rasanya bila kita semua kehilangan seniman yang berbakat. Apa boleh buat Allah lebih menyayangi arwah...
koosem wrote on May 28, '07
terima kasih akan infonya
miraks wrote on May 28, '07
dia legenda
hadirule wrote on May 28, '07
thanks for the info, miraks. Tak sangka pula ada EP sebelum LP Aku Penghiburmu. Tracklists kat EP tu macam aku tak pernah dengar pula. Kalau ada masa dan kesempatan, bolehlah awak up ya!

Rozita Rohaizad tu anak Mariani from first marriage, kan? Lagu2 dia pun top juga time tu tapi susah nak dapat. Tak pernah aku jumpa kat mana2 album kompilasi.
miraks wrote on May 28, '07
memang nak up first album dia - rozitaitu anak mairani dengan hm rohaizad
slamba wrote on May 30, '07
thanks...banyak info aku dpt kat sini
miraks wrote on May 30, '07
tks - banyak lagi menyusul
smile6670 wrote on Jun 1, '07
;-)
smile6670 wrote on Jun 1, '07
Banyak juga yg sy dah miss tak baca ni.
miraks wrote on Jun 1, '07
tak apa benda ini ada kat sini selama ada hayat
siamanggagapns wrote on Jun 7, '07
"Album ini mengandungi 3 lagu kontroversi iaitu Kasih, Aku Penghiburmu dan Gugur Di Tangkai Madu - semunya dihasilkan Ahmad Nawab bersama Chauri Selamat." - MIRAKS

KONTROVERSI pasal apa...? cerita sikit bro... masa tu Gua kecik anak lagi! :)
miraks wrote on Jun 7, '07
tiga album tu eksklusif untuk sudirman. tiga lagu itu dicipta khusus untuk sudirman. knowing ahmad nawab dia buat lagu taliored to the singer - makna kalau buat lagu itu untuk sudirman - orang lain nyanyi pasti tak sedap. tapi apabila ahmad nawab keluar dr emi dan berhijrah ke wea (baru buka cawangan di malaysia) alih-alih ahmad nawab beri pada broery yang rakam pada tahun sama. berlaku pertikaian kerana lagu itu sudah dirakamkan sudirman tapi album belum release masa itu. emi mendakwa lagu itu hak miliknya - jadi ahmad nawab tak boleh beri pada penyanyi lain. lebih malang album broery keluar dulu. tapi seperti dikata ahmad nawab buat lagu itu untuk sudir bukan broery. hasilnya tiga lagu ini lebih sedap didendang sudirman dan lebih popular drp yg disampaikan oleh broery. sampai sekarang org tahu album itu keluar pada jarak waktu hamoir sama. begitulah ceritanyanya
siamanggagapns wrote on Jun 7, '07
Faham... faham...
Info dari bro amat dihargai...
Terima kasih...
miraks wrote on Jun 7, '07
sama-sama beb - tak apa. kalu info artis lama insya-Allah bokeh tlh beritahu. kita hidup zaman tu
yusriktn wrote on Jun 9, '07
RAKAN SUDIRMAN, SYED HARON PUN BANYAK CIPTA LAGU-LAGU BERHANTU SEPERTI HANYA LAGU, HUJAN, HARI ITU DALAM KENANGAN, NAMA SEINDAH WAJAH. APA KHABAR AGAKNYA SEKARANG SYED HARON?
miraks wrote on Jun 9, '07
tak tahulah di mana syed haron kini. tapi nanti aku tanya kak chah - mungkin dia tahu dan aku beritakan di sini
Add a Comment